suria

Polis Tahan Wanita Kes Bayi Dalam Mesin Basuh

ALOR SETAR: Polis menahan seorang wanita berusia 38 tahun berikutan penemuan bayi perempuan baru lahir dalam mesin basuh di Kampung Ulu Dulang Kecil, Yan, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Muhamad Halim Yatim berkata wanita yang tinggal berhampiran lokasi bayi itu ditemui ditahan 12 tengah hari tadi.

"Wanita itu mengaku telah melahirkan bayi itu dalam bilik air rumahnya  tanpa pengetahuan keluarganya dan kita sedang menjalankan siasatan punca bayi tersebut dibuang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wanita itu, katanya direman untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) manakala bayi seberat 2.86 kilogram itu kini berada dalam keadaan sihat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Selasa lepas, seorang warga emas Zainol Hamid, 71, terkejut apabilamenemui bayi perempuan tidak berpakaian dan masih bertali pusat dalam mesin basuh rumahnya kira-kira 10.30 malam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan