suria

Wanita Buang Bayi Dalam Mesin Basuh Direman Empat Hari

Bayi itu tidak berpakaian dan masih bertali pusat serta dalam keadaan sihat semasa ditemui.

SUNGAI PETANI: Seorang wanita berusia 38 tahun yang membuang bayi perempuannya yang baharu lahir di dalam mesin basuh direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan di wad Kenanga 9 di Tingkat 7, Hospital Sultan Abdul Halim, lokasi dia sedang dirawat.

Majistret Arif Mohd Sharif tiba di hospital kira-kira pukul 11.20 pagi diiringi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Aiman Nazmi Ismail.

Mereka meninggalkan hospital kira-kira 11.45 pagi.

Difahamkan wanita tersebut berpuasa sebagai persediaan untuk menjalani pembedahan pada Jumaat di hospital itu.

Pihak hospital tidak membenarkan suspek untuk meninggalkan wad dan berada di dalam mahkamah untuk memohon perintah tahanan atas sebab kesihatan.

Suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut di rumahnya selepas dia ditahan pada petang Khamis.

Bayi seberat 2.86 kilogram itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

bayi, mesin basuh

Artikel Sebelum

Remaja Lemas Mandi Di Tasik

Artikel Lain