Harga petrol RON95 dan RON97 pada Oktober telah ditetapkan pada harga masing-masing RM2.05 dan RM2.45 seliter dan ia kekal pada NOvember.
Diesel biasa ditetapkan pada harga RM1.90 seliter, manakala Euro 5 dijual pada harga RM2 seliter.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel mengikut apungan terurus sejak 1 Disember tahun lalu.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia Datuk Alang Zari Ishak mengesahkan bahawa tiada sebarang perubahan dalam harga bahan api untuk bulan November.