Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob berkata menerusi program transformasi, SPRM melaksanakan pelbagai strategi operasi pencegahan rasuah, pengurusan berkesan modal insan dan meningkatkan usaha mencegah rasuah.
"Pelbagai strategi dan pendekatan telah dilaksanakan termasuk 'engagement' dengan pihak-pihak berkepentingan untuk meningkatkan prestasi SPRM secara holistik," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kenyataan itu sebagai mengulas laporan artikel Malaysia Today tulisan Raja Petra Kamarudin pada Sabtu bertajuk 'When MACC Literally Gets Away with Murder'.
Rohaizad berkata oleh itu SPRM mempunyai tugas dan tanggungjawab moral untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh.
Beliau berkata SPRM sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas akan menjalankan siasatan ke atas setiap kes secara telus dan profesional.