suria

Peminat Rajnikanth Serbu Bangsar

KUALA LUMPUR: Peminat Rajnikanth mula berkerumun selepas bintang filem Tamil itu membuat penggambaran untuk filem terbarunya di Menara OUA di Bangsar pada Isnin.

Pelakon yang berusia 64 tahun itu berada di sini untuk membuat penggambaran filemnya yang ke-159 iaitu Kabali.

Keadaan penuh sesak dengan peminat yang datang awal pagi untuk melihat pelakon itu yang lebih dikenali sebagai 'superstar'.

Ratusan peminat yang berada di dalam dan luar bangunan dilihat bersorak 'Thalaiva valge' dan 'Kabali' kepada pelakon itu.

Rajinikanth yang memakai kemeja dan seluar gelap sempat menyapa dan melambai peminatnya semasa menuju ke lokasi penggambaran pada pukul 9.45 pagi.

Penggambaran pada hari ini dijangka berakhir pada pukul 2 petang.

Kawalan keselamatan sangat ketat tetapi peminatnya masih berpeluang untuk bersalaman dengan Rajni.

Rajnikanth yang tiba di Malaysia pada 26 Oktober akan berada di sini sehingga 21 November.

Penggambaran filem Kabali dijangka akan dibuat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Batu Caves dan Bandar Sunway.

Bangsar, Rajnikanth

Artikel Lain