suria

SPRM Tahan Pengarah, Pegawai Jabatan Kerajaan

Gambar hiasan.

MELAKA: Seorang pengarah dan seorang pegawai sebuah jabatan kerajaan di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan mengenai kes tuntutan palsu dan menggunakan kedudukannya bagi memperolehi suapan.

Menurut sumber, kes berkenaan melibatkan seorang kontraktor yang mengemukakan tuntutan palsu.

Pengarah tersebut telah mengarahkan tuntutan itu disempurnakan kepada kontraktor itu sedangkan kerja serta perkhidmatan tidak pernah wujud.

Pengarah itu dan pegawainya dipercayai berpakat dengan kontraktor itu untuk meluluskan tuntutan palsu bagi mendapatkan wang tunai bagi kegunaan diri serta pegawainya, manakala kontraktor berkenaan juga diberikan habuan tertentu.

Pengarah SPRM Melaka Ramli Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan pengarah itu dan pegawainya, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. 
SPRM, pegarah, pegawai kerajaan, Melaka

Artikel Lain