suria

Lebuh Raya Antara Tapah Dan Gopeng Ditutup Akibat Gas Bocor

Treler yang membawa tangki LPG mendapati berlaku kebocoran gas dua injap keselamatan pada tangki berkenaan.

TAPAH: Laluan antara Tapah dan Gopeng di Kilometer 311 Lebuhraya Utara Selatan ditutup kedua-dua hala selepas treler yang membawa tangki gas petroleum cecair (LPG) mengalami kebocoran pada tengah hari Rabu.

Menurut pemandu treler yang ditugaskan untuk membawa tangki tersebut, dua injap keselamatan pada tangki itu mengalami kebocoran gas.

Sehingga keadaan dapat ditangani, semua pengguna jalan raya dikehendaki melalui susur keluar Gopeng atau Tapah bagi meneruskan perjalanan mereka.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan polis menutup lebuh raya bagi kedua-dua hala bagi membolehkan melepaskan tangki LPG berkenaan.

Injap keselamatan tidak dapat diperbaiki di tempat kejadian.

Artikel Lain