suria

Kedai Vape Diserbu Di Shah Alam

Gambar fail sekadar hiasan.

PETALING JAYA: Sebuah kedai vape di Shah Alam telah diserbu berikutan penemuan produk mengandungi nikotin yang menyebabkan kerugian lebih RM100,000.

Pemilik kedai memberitah The Star pada Khamis pegawai-pegawai daripada Kementerian Kesihatan telah merampas lebih 3,000 botol cecair vape yang jumlahnya bernilai RM100,000.

"Mereka datang sekitar jam 4 petang dan menunjukkan kepada kami surat mendakwa rampasan dilakukan kerana produk kami mengandungi nikotin.

"Bagaimanapun mereka tidak mempunyai surat kebenaran yang menyatakan untuk merampas produk, " katanya.

Pemilik kedai itu berkata, dia tidak mendapat jawapan yang jelas bagaimanana untuk mendapatkan kembali produk tersebut.

"Mereka hanya memberitahu saya supaya cuba bercakap dengan bos mereka jika kami mahu kembali barang-barang itu.

"Kami benar-benar tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya kerana masih terkejut dengan apa yang baharu berlaku ini," katanya.

Vape, Dirampas, Shah Alam

Artikel Sebelum

Arul Mengadap PAC 1 Disember

Artikel Lain