suria

Seorang Rentung, Empat Melecur Dalam Kebakaran Rumah Di Beaufort

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seorang wanita rentung dan empat lagi melecur selepas sebuah rumah yang mereka diami di Kg Pulai, kira-kira 90km dari sini, musnah dalam kebakaran malam Rabu.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Fazilah Unung, 20-an, manakala yang melecur ialah Mariam Lingkup, 79, Mohd Saleh Wisnan,50, Mohd Azahar Unung, 29, dan Adam Alip, 4.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin dalam kenyataannya hari ini berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.37 malam dan sebuah jentera bomba dengan tujuh anggota telah dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya ketika pasukan bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira setengah jam kemudian, rumah berkenaan sudah terbakar seratus peratus.

Operasi pemadaman api tamat pada pukul 2.05 pagi.

Beaufort, Fazilah Unung, Kg Pulai

Artikel Berikut

Artikel Lain