SHAH ALAM: Pemimpin PAS Selangor menafikan dakwaan wujudnya konspirasi antara parti itu dengan Umno sejak krisis menteri besar pada tahun lalu. Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, idea membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno tidak pernah dibincangkan. "Saya tidak melihat keperluan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno kerana kita berada dalam terkawal sekarang. Malah rakyat juga tidak mahukan parti itu. "Umno dalam keadaan tertekan. Apa gunanya untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan parti yang tidak lagi diterima oleh rakyat?" Katanya ketika ditemui selepas persidangan Dewan Undangan Negeri. Pada khamis, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilapor berkata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengaku mahu bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor semasa krisis menteri besar. Beliau berkata Hadi telah menghubungi beberapa wakil rakyat PKR untuk memastikan PAS dan Umno mempunyai jumlah yang cukup untuk membentuk kerajaan di Selangor.Husam mendakwa Hadi juga telah tampil dengan idea baru - untuk bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan. Ketika ditanya sama ada PAS telah menghubungi beberapa ahli PKR bagi mewujudkan kerajaan perpaduan, Iskandar berkata, beliau tidak mengetahuinya. Ditanya mengenai pendirian PAS berhubung sebagai penasihat kerajaan kepada Hadi, Iskandar berkata parti itu telah melakukan perkara tersebut di Parlimen iaitu dengan memberikan nasihat dan kritikan. Menteri Besar, Azmin Ali berkata, beliau tidak mengetahui siapa ahli PKR yang dihubungi oleh Hadi. "Tidak ada perbincangan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan. Saya tidak tahu tentang itu. Di mana ada kerajaan perpaduan? " katanya. Adun Sungai Burong Datuk Shamsudin Lias, turut mengakui tidak mengetahui tentang kerajaan perpaduan dan tiada seorang pun daripada rakan-rakan Barisan Nasional beliau telah didekati. "Mungkin seseorang mempunyai rancangan itu tetapi saya tidak tahu. Bagaimanapun, kami terbuka mengenai cadangan itu," katanya.