suria

Gempa Bumi Lemah Landa Ranau

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada Skala Richter, melanda Ranau, Sabah pada 12.27 tengah malam tadi, demikian Jabatan Meteorologi.

Menurutnya, gempa bumi berkenaan menyebabkan gegaran dirasai di Ranau.

Jabatan itu turut memaklumkan bahawa satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter, melanda Luzon di Filipina pada 3.40 pagi Ahad.

Kejadian kedua-dua gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA

gempa bumi, Ranau

Artikel Lain