Beliau berkata bagaimanapun di beberapa tempat sepanjang laluan itu, hanya satu lorong dibuka kepada kenderaan berikutan kerja-kerja pembersihan masih dilakukan oleh pihak konsesi penyelenggaraan jalan yang dilantik oleh kerajaan.
"Kajian cerun memang dijalankan oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur.
"Tiada runtuhan baharu dimaklumkan kepada saya setakat ini," katanya ketika dihubungi Bernama Selasa.
"Kita tak tutup (jalan terbabit secara keseluruhan) ... hanya buka selorong di mana kerja pembersihan dilakukan," katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tapah ketika dihubungi turut memaklumkan tidak menerima laporan berhubung kejadian tanah runtuh yang baharu.