suria

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemui Di Stesen Teksi

- Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang bayi perempuan baru lahir ditemui  dalam tandas wanita di stesen teksi Terminal Sentral Kuantan di sini tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata bayi itu ditemui seorang pekerja am terminal berkenaan ketika hendak mencuci tandas kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

"Bayi itu ditemui di tingkat satu terminal oleh pekerja wanita berkenaan sebelum memaklumkannya kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini Jumaat.

Menurutnya bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut.

Polis kini sedang mengesan individu yang terlibat dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi polis untuk membantu siasatan.

Artikel Lain