suria

Chegubard, Adam Adli Diarah Bela Diri

Badrul Hisham Shaharin.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin dan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim antara 15 individu yang diarahkan untuk membela diri kerana menyertai perhimpunan haram dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Rashid Daud membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Abdul Rashid turut mengarahkan Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard, Adam Adli dan lapan yang lain untuk membela diri kerana melakukan rusuhan di jalan masuk menuju ke Parlimen.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Parlimen pada 24 Jun 2013 antara pukul 9.15 pagi dan 11.25 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 143 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 26 dan 27 Januari depan untuk perbicaraan kes.


Artikel Lain