suria

Cari Formula Untuk Rakyat Palestin Miliki Semula Negara Mereka - Tun M

PUTRAJAYA: Serangan ganas tidak akan berhenti kecuali wujud formula yang membolehkan rakyat Palestin memiliki semula tanah air mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu.  

Mengulas mengenai serangan maut di Paris, pada Jumaat, Dr Mahathir berkata: "Jika mereka hendak menyelesaikan masalah ini (serangan), mereka mesti mencari formula itu...hanya dengan demikian akan wujud keamanan". 

Dilaporkan lebih 100 orang terbunuh dalam serangan terhadap beberapa sasaran di sekitar Paris, memaksa Presiden Perancis François Hollande menutup sempadan dan mengisytiharkan darurat.

"Bila sesuatu pihak merampas negara mereka (rakyat Palestin) dan mereka mahukan balik negara mereka, mereka akan berjuang dengan apa cara sekalipun," kata Dr Mahathir, yang juga presiden Yayasan Keamanan Perdana Global. 

Dr Mahathir juga berkata: "Tolong ingat bila anda menggugurkan bom ke atas rakyat itu juga terrorisme (keganasan)". 

Beliau bercakap kepada media selepas melancarkan Persatuan Trailblazer Malaysia di sini.

Palestin, Tun M

Artikel Lain