suria

Kebakaran Kecil Di Bilik Server ATM Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Satu kebakaran kecil berlaku di bilikserver mesin wang automatik (ATM) di lobi Menara Tiga, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini petang Sabtu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad mengesahkan kebakaran kecil yang berlaku pukul 5.30 petang tadi itu.

"Hanya kebakaran kecil disebabkan litar pintas," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.32 petang dan sampai ke lokasi kejadian 12 minit kemudian.

"Seramai 20 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat HangTuah, Sentul dan Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya bomba di sana, didapati kebakaran berlaku di lobi bangunan. Kebakaran berpunca dari bilik server ATM. 

"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.04 petang," katanya ketika dihubungi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain