suria

Pemandu Lori Simpan Kepala Mangsa Bunuh Direman

TELUK INTAN: Seorang pemandu lori direman tujuh hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan kes pembunuhan susulan penemuan mayat seorang lelaki tanpa kepala di dalam longkang di Jalan Kampung Batu 4, Slim River, Jumaat.

Majistret Nurul Nadia Abdul Razak mengeluarkan perintah itu hari ini selepas membenarkan permohonan polis.

Suspek berumur 35 tahun tiba di Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini  kira-kira 9.50 pagi dengan dikawal beberapa anggota polis.

Mayat K. Ganesan, 50, beralamat terakhir di 136, Taman Slim Indah, Slim River ditemukan dalam keadaan tanpa kepala pada 2.10 pagi semalam.

Susulan penemuan mayat itu, polis menahan pemandu lori itu di rumah bapanya di sebuah kampung di Gerik, petang semalam dan menemukan sebilah parang panjang kira-kira 0.8 meter dan satu beg silang mengandungi sebilah pisau panjang kira-kira 0.15 meter.

Selain itu, polis turut menemukan satu guni plastik makanan anjing berwarna merah dan kuning dan di dalamnya terdapat satu plastik sampah warna hitam mengandungi kepala manusia yang disyaki kepala mangsa.

Bunuh, Pemandu Lori

Artikel Lain