suria

Saya Telah Mengundi Untuk Bajet - Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah
KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau telah mengundi untuk bajet di Parlimen pada Isnin, tetapi tidak menjelaskan jika undian itu menjadi tanda sokongannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Razaleigh, yang lebih mesra sebagai Ku Li berkata beliau telah mengundi untuk Bajet 2016 kerana menyokong program kerajaan bagi tahun itu.


Ketika ditanya sama ada jumlah undi itu  (128 bersetuju, kepada 74 menentang) mencerminkan sokongan semua ahli Parlimen Barisan Nasional untuk Perdana Menteri, Ku Li berkata: "Itu seolah-olah menjadi petunjuk".

Walau bagaimanapun, apabila disoal mengenai undi peribadinya untuk menunjukkan sokongan kepada Najib, ahli Parlimen Gua Musang memesongkan soalan, menyatakan beliau menyokong program-program yang dicadangkan oleh kerajaan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan