suria

Pemimpin DAP, PKR Diminta Nasihat Teresa Kok Dan Nurul Izzah

PETALING JAYA: MCA menggesa pemimpin DAP dan PKR untuk menasihati Teresa Kok dan Nurul Izzah Anwar untuk berhenti memberi perhatian kepada kumpulan pengganas yang pernah menceroboh Sabah dan melakukan kekejaman.

Pengerusi Biro Kerharmonian MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, kedua-dua wanita 'sesat' itu perlu berhenti daripada terus mengguris hati rakyat Sabah dan perasaan keluarga anggota keselamatan yang terbunuh dalam kejadian pencerobohan tersebut.

"Pemimpin PKR dan DAP perlu berhenti membuat kenyataan yang salah dan memberi ruang kepada keluarga pengganas Sulu untuk membuat dakwaan yang bertentangan dengan kedaulatan negara,"  katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ti berkata demikian berikutan tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dari PKR yang mengiktiraf Jacel Kiram sebagai entiti politik.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula mendakwa kisah pencerobohan Lahad Datu yang mengorbankan banyak nyawa oleh pengganas berkenaan sebagai kisah lama dan tidak serius.

Beliau berkata, tindakan Kok itu amat memalukan.

"Kami menuntut mereka memohon maaf kepada keluarga mangsa.

"Mereka juga perlu menarik balik kenyataan yang memalukan dan mengguris hati rakyat Malaysia itu," jelasnya.

PKR, DAP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Empat Samseng Sekolah Ditahan

Artikel Lain