suria

Najib Rasmi Sidang Kemuncak Asean Ke-27

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Sidang Kemuncak Asean ke-27 di sini, yang diadakan bagi pembentukan Komuniti Asean.

Dalam ucapan perasmiannya, Najib berkata rantau ini perlu berusaha lebih untuk membawa makna kepada komuniti Asean.

"Kita mesti melakukan lebih banyak. Kini kita akan menjadi menjadi satu komuniti, kita berhutang kepada rakyat untuk melaksanakan janji-janji yang diberikan.

"Adalah penting untuk kita mencapai kemajuan yang kukuh untuk dilaporkan pada pertemuan akan datang di Vientiane," kata Najib.

Turut hadir ialah pemimpin-pemimpin sembilan negara anggota Asean yang lain.

Asean, Malaysia

Artikel Lain