KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dituduh mengikut Akta Hasutan kerana mengkritik badan kehakiman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin. Hakim Amernudin Ahmad membuat keputusan ikat jamin akan dikenakan sebanyak RM 5,000 jika didapati bersalah sementara mahkamah menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula kes. Arutchelvan ditahan bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan manakala pertuduhan pilihan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Dia dituduh selepas mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan satu kenyataannya yang menghasut di laman Facebook berikutan kes liwat Anwar pada 10 Februari lalu. Sebelum ini Arutchelvan ditahan bawah Akta Hasutan pada 19 Februari. Bagaimanapun dia dilepaskan pada hari berikutnya selepas tahanan reman empat hari ditolak mahkamah majistret. Sementara itu, penyokong parti berkenaan telah berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap pemimpin PSM itu. Sekumpulan kecil seramai 25 orang berkumpul secara aman sejak pukul 10 pagi sementara menunggu Arutchelvan untuk dibicarakan. PSM dipanggil untuk memberi sokongan kepada Arutchelvan dan juga aktivis politik dan sosial lain yang ditahan bawah akta yang sama.