Orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan badan perundangan negara telah menikmati 'Caesar salad' dengan selamat, bukannya 'salad gunting'.
"Satu gambar telah tersebar luas di media sosial di mana 'scissors salad' telah dihidangkan semasa acara makan malam di Parlimen. Saya telah menghadiri majlis itu dan boleh mengesahkan bahawa tidak ada gunting dihidangkan dalam salad, hanya 'Caesar salad' biasa," jelas Datuk Ronald Kiandee, Rabu.
"Walaupun ini adalah satu kesilapan yang lucu oleh katerer, tetapi sebagai sebuah institusi yang penting, kakitangan Parlimen perlu lebih berhati-hati supaya tidak lagi berlaku sebarang kesilapan. Hmm...salad gunting!" katanya.
Gambar menu majlis makan malam di Parlimen telah tersebar di Whatsapp dan media sosial lain minggu ini.
Makan malam itu adalah di antara pegawai Parlimen dan Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.