suria

Kok Wing, Stadlen Tak Dibayar Gaji Atau Elaun - Azalina

Lim Kok Wing tidak menerima gaji atau elaun semasa berkhidmat di pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Lim Kok Wing tidak dibayar oleh kerajaan apabila berkhidmat sebagai Koordinator Program Khas kepada Perdana Menteri, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

"Tan Sri Lim Kok Wing tidak dibayar gaji atau elaun semasa memegang jawatan itu," katanya menerusi jawatan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menjelaskan bahawa kerajaan tidak pernah membayar gaji kepada Paul Stadlen, bekas ketua Apco Malaysia yang bertugas di unit komunikasi Pejabat Perdana Menteri.

"Stadlen bukan kakitangan kerajaan dan tidak dibayar gaji atau elaun oleh kerajaan," katanya.

Azalina menambah, Datuk Heng Seai Kie adalah penasihat kepada Perdana Menteri berkaitan perpaduan negara dan integrasi nasional.

Menerusi soalannya, Lip Eng ingin tahun jawatan, tugas dan gaji yang diterima Kok Wing, Seai Kie dan Stadlen. 

Artikel Lain