suria

Tiada Senyuman Berkilau Bagi Pencuri Ubat Gigi

KUALA LUMPUR: Tiada lagi kilauan senyuman daripada seorang pekerja restoran yang mencuri 30 kotak ubat gigi dari sebuah mini market.

Muhammad Azlan Ibrahim mengaku bersalah mencuri 23 kotak ubat gigi jenama Darlie dan tujuh jenama Colgate bernilai RM140.40 dari Hospi Mart di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.

Lelaki berusia 22 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun atau denda dan sebatan bagi kesalahan berikutnya.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Nur Aminatul Mardiah Md Nor bertanya kepadanya: "Mengapa kamu mencuri Colgate (ubat gigi)?"

"Ia untuk wang poket saya. Ini kesalahan pertama saya," katanya meminta supaya hukuman diringankan.

Nur Aminatul kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman 10 hari penjara dari tarikh tangkap dan membayar denda RM250 dan jika gagal dia perlu menjalani hukuman penjara selama 15 hari.

Muhammad Azlan menarik nafas lega sambil mengangguk dan menutup mukanya dengan tangan sebelum mengucapkan terima kasih kepada majistret.

Timbalan Pendakwa Raya R. Siamalah bertindak bagi pihak pendakwaan.

Colgate, Darlie, Ubat Gigi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain