Timbalan Presidennya Azmin Ali dalam satu sidang akhbar pada Sabtu berkata perbincangan perlu diadakan memandangkan kebajikan rakyat menjadi taruhan dan pakatan politik yang baharu adalah kaedah terbaik untuk melihat permasalahan tersebut.
"Setiap kali kita bersidang di Dewan Rakyat, ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak sentiasa menyuarakan masalah mereka.
"Oleh itu, kita menyeru mereka berkerjasama menjaga kepentingan rakyat memandangkan negeri mereka sangat menyumbang kepada ekonomi tetapi tidak banyak yang diperolehi sebagai balasan," katanya sambil menambah dengan perbincangan ia akan mewujudkan suara rakyat Sabah dan Sarawak yang lebih kuat.
"Demi kepentingan rakyat kita perlu berfikir apa yang perlu dibincangkan dan dilakukan secepat mungkin," katanya.
Sebelum itu, Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar di kongres PKR berkata, pakatan politik baharu perlu diperkenalkan di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, jika semua 47 ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak keluar BN dan mewujudkan sebuah persekutuan baharu, sudah tentu mereka dapat bersuara untuk rakyat.
"Gabungan itu boleh berunding dengan BN dan Pakatan Harapan untuk mendapatkan yang terbaik bagi rakyat Sabah dan Sarawak," katanya.