suria

Malaysia Bakal Miliki Undang-Undang Pembenihan Tiruan

PETALING JAYA: Malaysia bakal setanding negara seperti Kanada, Australia, Singapura dan Jerman apabila memiliki undang-undang berkaitan pembenihan tiruan.

Undang-undang baharu itu melibatkan semua isu pembenihan tiruan termasuk IVF dan juga sumbangan dan penyimpanan telur dan sperma manusia.

Ketika ini, tiada dasar atau perundangan khusus dan situasi dijangka berubah menerusi kertas cadangan Akta Tisu dan Pembenihan Tiruan.

"Kini ia di peringkat akhir untuk merumuskan undang-undang berkenaan," kata Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai kepada The Star baru-baru ini.

Beliau berkata, bagaimanapun perbincangan berterusan masih diteruskan untuk menangani sebarang isu yang timbul sebelum akta itu dibentangkan di Parlimen awal tahun depan.

Akta itu akan cuba mengatasi kegiatan pihak tertentu termasuk pemerdagangan telur atau sperma manusia.

Dr Jeyaindran berkata, menerusi perundangan itu, pihak dari negara jiran akan dihalang menjual bahan genetik kepada pasangan yang cuba mendapatkan zuriat.

Beliau berkata, akta berkenaan juga akan mempertimbangkan pelbagai aspek melibatkan umat Islam dan bukan Islam.

Menerusi perundangan baru ini juga, garis panduan keselamatan dan pengurusan yang betul untuk menyimpan sel reproduktif seperti telur dan sperma.

Setakat ini, akta berkenaan mendapat maklum balas positif di kalangan industri.

Artikel Lain