suria

PKR Sepang Minta ROS Siasat Kesahihan Perwakilan Kongres

PUTRAJAYA: Pengerusi Tetap Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Sepang, Arffain Mohamed meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menyiasat kesahihan 10 anggota yang mewakili cabangnya ke Kongres Nasional ke-11 parti itu yang berakhir pada Ahad.

Arffain mendakwa kehadiran perwakilan itu adalah tidak sah memandangkan beliau sendiri telah membatalkan mesyuarat agung cabang yang diadakan di Kuala Langat pada 19 September lepas berikutan masalah pembentangan laporan kewangan.

Menurutnya, pembatalan itu dibuat mengikut perlembagaan parti apabila pemeriksa kira-kira tidak mahu menurunkan tandatangan ke atas laporan kewangan tersebut setelah bendahari gagal menyediakan dokumen sokongan termasuk buku cek, penyata bank dan resit pembelian.

Selepas memerintah supaya mesyuarat cabang diadakan semula, beliau mendakwa  telah diusir keluar oleh beberapa anggota jawatankuasa PKR Sepang dan timbalannya mengambil alih tugas mempengerusi mesyuarat, katanya selepas menghantar memorandum kepada RoS, di sini pada Isnin.

Arffain mendakwa mesyuarat cabang itu dijalankan dalam keadaan tidak sah dan kehadiran perwakilan cabang Sepang ke Kongres Nasional PKR juga adalah tidak sah.

PKR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain