suria

Sami Kuil Terkenal Di P. Pinang Dipecat Kerana Pengunjung Bawa Anjing

GEORGE TOWN: Seorang sami Hindu di kuil terkenal di sini dipecat kerana membenarkan seorang penganut membawa anjing melepasi kawasan kuil.

Sami di Kuil Nattukotai Chettiar yang berusia 160 tahun di Jalan Air Terjun itu dipecat oleh pemegang amanah kuil selepas video mengenainya menjadi viral.

Rakaman video tersebut menunjukkan seorang wanita sedang melakukan 'pooja' dan kelihatan seekor anjing bersamanya. Sami itu dilihat sedang bersembahyang bersebelahan wanita berkenaan.

Pemegang amanah kuil, Dr A. Narayanan berkata dia memandang serius perkara ini.

"Ia telah mencemarkan kesucian kuil ini.

"Sami sepatutnya melarang penganut itu untuk bawa anjing. Kami percaya ia pernah berlaku beberapa kali sebelum ini," katanya.

Timbalan Presiden Hindudharma Mamandram V. Nanda Kumar berkata tindakan membawa anjing ke kuil itu tidak menghormati kesucian kuil tersebut.

Pulau Pinang, Kuil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain