suria

Cubaan Tolak Bajet 2016 Hanya Sia-Sia - Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan memutuskan untuk tidak akan menolak Bajet 2016 kerana ia adalah cubaan yang sia-sia.

Pemimpinnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Ahli Parlimen pembangkang sedar mereka kekurangan wakil di Dewan Rakyat.

"Ia tindakan sia-sia. Kami tahu ia tidak akan berhasil kerana pernah cuba sebelum ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Wan Azizah yang juga Presiden PKR juga berkata, keputusan wakil rakyat PAS untuk tidak mengundi juga adalah antara sebab matlamat untuk tidak meluluskan bajet itu tidak berhasil.

Beliau bagaimanapun menafikan wujudnya persefahaman dalam Pakatan Harapan dan PAS sebagai punca kelemahan di kalangan pembangkang di Dewan Rakyat.

"Kami masih kekal kukuh," katanya sambil menambah mereka akan melihat cara lain untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 berjumlah RM267.2 bilion diluluskan Dewan Rakyat pada Selasa dengan undi majoriti selepas 18 hari dibahaskan, bermula 26 Oktober.

Wakil rakyat pembangkang cuba membantah pada 16 November apabila Dewan Rakyat melakukan undi belah bahagi.

Bagaimanapun, Bajet 2016 diluluskan dengan 128 undi menyokong, manakala 74 menolak.

Artikel Lain