suria

Ibu Direman Berikutan Penemuan Mayat Anak

Ibu kepada dua kanak-kanak yang ditemui mati akibat leher mereka dikelar ditahan reman, Rabu.

SUNGAI PETANI: Seorang ibu direman selama tujuh hari bermula hari ini berikutan penemuan mayat dua anak lelakinya di sebuah rumah di Taman Wira di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, perintah tahanan reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret, Rabu.

Beliau berkata wanita berusia 35 tahun berkenaan kini dirawat di wad psikiatrik Hospital Sultan Abdul Halim di sini.

Mayat anak wanita itu yang berusia tiga dan lima tahun ditemukan di rumah itu dengan kesan kelar dan wanita tersebut turut berada di dalam bilik bersama dua bilah pisau.-- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain