suria

Bekas Pegawai Saman SPRM Berhubung Kehilangan Barang Kes

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyaman dua pegawai kanan badan itu atas dakwaan penyalahgunaan kuasa berhubung kehilangan barang kes di mahkamah.

Walau bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengarah SPRM Sarawak dan kerajaan yang dinamakan sebagai defendan dalam saman itu memohon untuk membatalkan tuntutan sivil atas alasan ia adalah remeh dengan maksud untuk mencabar prerogatif pengurusan mereka.

Ketiga-tiga defendan berkata bahawa tindakan sivil juga merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, S. Nantha Balan menetapkan 15 Januari depan untuk mendengar permohonan pembatalan oleh defendan.

Bercakap kepada pemberita selepas bertemu Pesuruhjaya Kehakiman di dalam kamar, Peguam Kanan Persekutuan, Zureen Elina Mohd Dom berkata plaintif dibenarkan untuk memfailkan afidavit balasan kepada mereka.

Dalam samannya berhubung salah laku di pejabat awam, plaintif, Mohd Azmy Kassim berkata dia dipindahkan untuk menjadi Ketua Cawangan Pencegah Rasuah Sibu pada Disember 2007.

Mohd Azmy berkata pada 25 Januari 2008, dia menerima beberapa barang kes yang telah disimpan di tempat yang selamat dari penguasa apabila dia mengambil alih tugas itu.

Dia berkata, dia membuat satu rekod berhubung barang kes itu kerana tidak mempunyai kuasa untuk memeriksa kesahihan dan kandungannya seperti yang ditetapkan dalam perintah mengambil alih barang kes.

Dalam dokumen mahkamah, dia berkatapada 1 Ogos 2008, dia menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas semua barang-barang kes dan merekodkan kira-kira dua barang kes yang mengandungi wang tunai untuk perbicaraan.

Walau bagaimanapun, Azmy berkata dia mempunyai urusan rasmi pada 13 September 2008 dan menyerahkan ekshibit kepada seorang pegawai penyiasat untuk perbicaraan di Sibu yang dijadualkan dua hari kemudian.

Plaintif berkata pada 15 September 2008, dia menerima panggilan daripada Pesuruhjaya Hamzah Supawi memberitahunya bahawa sampul surat yang sepatutnya mengandungi barang kes hanya mempunyai kertas A4 yang telah dipotong mengikut saiz wang kertas.

Sejumlah wang tunia RM19,750 telah hilang.

Katanya, dia diberitahu bahawa sampul surat itu dibuka di pejabat cawangan suruhanjaya Sibu dan bukannya di mahkamah seperti yang ditetapkan oleh peraturan.

Selepas kembali ke pejabat pada keesokan harinya, dia berkata pengarah suruhanjaya itu telah meminta dia untuk membuka sampul surat itu dan mendapati bahawa wang tunai sebenar yang sepatutnya diserahkan kepada kerajaan setelah tamat perbicaraan telah hilang.

Azmy berkata pengarah suruhanjaya Sarawak itu memeriksa sampul surat dan mendapati wang tunai berjumlah  RM20,000 telah hilang.

Ini menyebabkan pengarah suruhanjaya Sarawak membuat laporan polis di Sibu pada hari yang sama berhubung kehilangan RM19,750 dan RM20,000 wang tunai yang sepatutnya menjadi barang kes di mahkamah.

Dia kemudiannya ditukarkan ke Akademi Pencegahan Rasuah di Putrajaya pada 29 September 2008.

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Lain