HONG KONG: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud menggegarkan selatan Lautan Hindi pada pagi Sabtu, bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat. Gegaran tersebut berlaku pada pagi Sabtu di barat daya Perth, Australia. Pusat gempa itu bersempadan dengan plat tektonik di sepanjang dasar laut selatan Lautan Hindi. Pusat Amaran Tsunami Australia berkata, tiada ancaman Tsunami di negara itu buat masa ini. - AFP