KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada Ahad menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim. Menurut kenyataan Istana Negara di sini, Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan putera keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah. Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam semalam di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akibat kanser, dan selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Baharu petang Ahad. - Bernama