SEPANG: Kumpulan pertama pelajar dari Kolej Pergigian Sri Ramchandra yang terkandas di Chennai, India akibat banjir selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini, Isnin. 12 daripada mereka yang berusia antara 22 dan 23 tahun, tiba di lapangan terbang kira-kira pukul 4 petang melalui penerbangan AK 0036 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kochi. Pelajar tahun akhir G. Lishalini, 22, berkata, kumpulan itu menaiki van mini dari Chennai pagi Ahad ke lapangan terbang di Kerala yang perjalanannnya memakan masa kira-kira 15 jam. "Lebih ramai pelajar akan pulang esok," katanya.