suria

Najib Sifatkan Tunku Abdul Jalil Rendah Diri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim sebagai seorang yang sentiasa merendah diri kerana sikapnya yang suka mendekati rakyat.

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya berkongsi perasaan sedih warga Johor atas pemergian ini.

"Almarhum adalah seorang anak raja yang sangat merendah diri serta dekat dengan anak-anak muda," kata Najib menerusi entri Facebooknya pada Ahad.

Beliau berkata, pemergian Tunku Jalil pada usia muda juga amat dirasai bukan sahaja oleh rakyat Johor, malah rakyat di seluruh negara.  

"Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.

"Saya berada di Johor sebentar tadi untuk hadiri istiadat pemakaman Yang Amat Mulia Almarhum. Sama-sama kita semua terus sedekahkan Al-Fatihah, semoga roh dirahmati dan ditempatkan bersama golongan beriman," tulis beliau.

Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, akibat kanser.

Almarhum merupakan anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. - Bernama

Artikel Sebelum

Putera Raja Berjiwa Besar

Artikel Lain