suria

Wanita Umno Juarai Golongan Profesional, Korporat

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno mengatur strategi untuk menjuari nasib golongan wanita yang terlibat dalam bidang korporat dan profesional di negara ini.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita Umno perlu bergerak ke hadapan dengan memikul tanggungjawab untuk menangani isu berbangkit membabitkan kumpulan berkenaan.

"Ramai wanita dalam bidang profesional dan korporat tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Mereka juga memerlukan perjuangan dan perhatian yang lebih.

"Jadi Wanita Umno akan juarai isu mereka. Kita akan berjuang menangani isu yang menyekat mereka untuk berjaya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Women Power Talk sempena Perhimpunan Agung Umno 2015.

Selain itu Shahrizat berkata, Wanita Umno akan menubuhkan unit pengumpulan data di bawah pergerakan itu bagi mendapatkan maklumat yang jelas membabitkan golongan wanita profesional.

Katanya, penubuhan unit berkenaan adalah bagi bagi memastikan program yang bakal dirancang memberi kesan kepada kumpulan sasar.

"Wanita Umno telah mula jalankan aktiviti di luar program politik semata-mata. Namun jika kita mahu bekerja dengan efektif, sistem data amat penting.

"Dengan unit berkenaan, kita boleh rancangan pelbagai program bersesuaian dengan sempurna," katanya.


Shahrizat Abdul Jalil, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Lain