suria

Muhyiddin Masih Timbalan Presiden Umno - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal sebagai Timbalan Presiden Umno, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, parti itu masih mengekalkan status quo di peringkat barisan kepimpinan tertingginya.

"Mesyuarat ini tidak menyentuh perbincangan mengenai tindakan yang melibatkan Jawatankuasa Disiplin.

"Oleh sebab itu, presiden, timbalan presiden dan naib presiden masih orang yang sama. Jadi tidak timbul spekulasi di luar sana," katanya ketika diminta mengulas mengenai inti pati Mesyuarat Tertinggi ( MT) Umno di Menara Dato' Onn di sini, malam Rabu.

Beliau berkata mesyuarat tersebut hanya membincangkan laporan wakil MT mengenai persidangan ketiga- tiga sayap parti dan usul yang akan dibentangkan pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 pada Khamis.

"Sesungguhnya kebijaksanaan ini dilakukan oleh presiden parti. Maka janganlah membuat spekulasi yang negatif di luar sana. Apa yang diputuskan itulah yang akan dilaksanakan," katanya.

Ketika ditanya mengenai ucapan penggulungan pada hari terakhir PAU, Ahmad Zahid berkata, ia hanya akan dilakukan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sebagaimana yang berlaku dalam sayap parti hanya ketua yang membuat penggulungan maka ia akan dilakukan presiden parti sahaja," katanya.



Artikel Lain