suria

Tun M Hadiri PAU 2015

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bagi menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.

Beliau tiba bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada pukul 8.25 pagi, Khamis.

Dr Mahathir yang secara terbuka mengkritik Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan akan menghadiri perhimpunan tahunan parti itu.

Bekas Perdana Menteri itu dijemput Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga tiba di Dewan Merdeka untuk perasmian PAU kali ini.

Selain pemimpin tertinggi parti, juga hadir adalah kepimpinan komponen Barisan Nasional termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Dr Mahathir Mohamad, PWTC, PAU 2015, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain