Pada Ahad, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa budi bicara ini hanya diberikan untuk sekolah-sekolah di Selangor kerana kerajaan negeri mengisytiharkan Isnin sebagai cuti umum selepas pasukan bola sepaknya menang Piala Malaysia.
Jika sekolah ditutup pada Isnin, pelajar boleh mengambil keputusan mereka pada hari berikutnya.
Seramai 82,160 pelajar menduduki peperiksaan PT3 di Selangor pada bulan Oktober.
SElangor mengalahkan Kedah 2-0 untuk memenangi Piala Malaysia kali ke-33 di Stadium Shah Alam di sini malam Sabtu.