suria

Tempias Taufan Melor Boleh Akibatkan Banjir Kilat Di Sabah

KOTA KINABALU: Sabah diramal terkena tempias Taufan Melor yang melanda tengah Filipina.

Taufan tersebut yang membawa angin kencang antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan hujan lebat di kawasan pantai barat negeri ini dan Kudat diramal berlaku pada Khamis dan Jumaat ini.

Pada Isnin, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tunsin berkata kawasan terjejas harus bersiap sedia menghadapi banjir kilat dalam tempoh dua hari itu.

Semua aktiviti di laut juga dinasihatkan supaya dihentikan sehingga cuaca pulih.

Beliau berkata, tempias taufan itu boleh menyebabkan ombak setinggi 3.5 meter di Sulu dan Laut China Selatan.

"Kami sedang memantau situasi ini," kata Abdul Malek.


Sabah, taufan Melor, banjir kilat

Artikel Berikut

Artikel Lain