suria

Warga Malaysia, Isteri Cedera Ditembak

Gambar hiasan.

NARATHIWAT: Seorang warga Malaysia cedera parah sementara isterinya warga Thai cedera ditembak dalam satu kejadian di jalan raya Narathiwat-Takbai di Kg Kaluwa, daerah Muang Narathiwat.

Mangsa warga Malaysia itu dikenali sebagai Mohamad Shahriduwan Ismail, 24, berasal dari Kg Kedai Buluh Badang, Kota Baharu, dan isterinya, 38, berasal dari Daerah Yingo, Narathiwat.

Kolonel Polis Manit Yimsai, Ketua Polis Daerah Muang Narathiwat, berkata pasangan itu dalam perjalanan dari Takbai untuk pulang ke rumah si isteri apabila mereka diserang oleh orang dari sebuah kereta.

Menurut Manit, isteri Mohamad yang memandu kereta ketika itu berjaya mengawal kenderaannya dan seterusnya melanggar kereta suspek hingga terbalik.

Beliau berkata si isteri terus memandu kereta hingga sampai di Hospital Narathiwat untuk mendapatkan rawatan.

Polis sedang memburu suspek, dan menyiasat motif kejadian itu. - BERNAMA 


tembak, Thai

Artikel Lain