suria

Keluarga Bernard Then Rayu PM Percepat Proses Cam, Bawa Pulang Mayat

Bernard Then.

PETALING JAYA: Keluarga kepada mangsa culik rakyat Malaysia, mendiang Bernard Then Ted Fen merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membantu mempercepatkan proses pengecaman dan membawa pulang mayat ke tanah air.

"Kami tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa mengenai mereka telah menjumpai mayat," kata abang Then, Christopher Then Ted Loong kepada The Star pada Selasa malam.

"Keluarga kami sangat tertekan dan kami merayu kepada Perdana Menteri untuk membantu mempercepatkan proses pengecaman dan membawa pulang mayat Bernard kepada keluarga," tambah Christopher.

Satu mayat tanpa kepala dipercaya ditemui disyaki Then yang ditemui di Pulau Jolo pada Isnin lalu dan dihantar ke Zamboanga City untuk pengecaman.

"Sudah empat minggu sejak Bernard dilaporkan dibunuh di selatan Filipina. Setiap kali terdapat berita mengenai kes ini, ia menambah luka kami dan berasa begitu sakit.

"Kami tidak dapat menangani keadaan ini selagi ia tidak diselesaikan," kata Christopher.

Kepala Then dipenggal oleh pengganas Abu Sayyaf pada kira-kira pukul 4 petang pada 17 November lalu di pulau Jolo.

Bahagian kepala Then kemudiannya ditemui dengan bangunan majlis perbandaran di pulau Jolo pada hari yang sama.

Then diculik oleh sekumpulan empat lelaki bersenjata di sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah pada 14 Mei lepas bersama pengurus restoran itu, Thein Nyuk Fun, 50.

Thien bagaimanapun dibebaskan pada 8 November lepas.

Bernard Then

Artikel Lain