suria

Buru Dalang Sebenar Kegiatan Pemerdagangan Manusia - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi.

MIRI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu ejen dan sindiket bertanggungjawab menjalankan kegiatan penyeludupan pekerja asing tanpa izin (Pati) ke negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa bukan sahaja memberi tumpuan kepada penangkapan Pati tetapi mereka yang dilimpahi kemewahan dengan mengeksploitasi pekerja asing.

"Dalang sebenar dalam kegiatan penyeludupan manusia di Malaysia bukan Pati.

"Mereka (Pati) menjadi mangsa.

"Dalang sebenar adalah ejen dan sindiket yang mengeksploitasi warga asing ini, yang memegang pasport pekerja-pekerja ini dan yang mendapat keuntungan dengan menggambil kesempatan terhadap golongan ini," katanya pada Sabtu.

Dr Ahmad Zahid yang berada di utara Sarawak sempena rangka lawatan dua hari itu berkata beberapa individu yang bertanggungjawab dilimpahi kekayaan menerusi aktiviti ini.

"Ada juga yang mempunyai gelaran 'Datuk Seri'," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen 2015 di sini, Sabtu.





Artikel Berikut

Artikel Lain