suria

Ketepi Sentimen Perkauman Ketika Berbahas

KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Negara perlu mengetepikan sifat beremosi dan sentimen perkauman sewaktu membahaskan sesuatu rang undang-undang pada persidangan dewan.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata anggota dewan perlu menunjukkan teladan yang baik, dengan taat setia kepada negara dan menghormati peraturan mesyuarat serta Perlembagaan Persekutuan.

"(Setiap) undang-undang yang kita buat ini adalah untuk negara dan bukan soal parti, kaum, agama atau sebagainya.

"Dalam dewan ini, kita tidak boleh mewakili parti atau kaum tertentu tetapi mewakili seluruh rakyat Malaysia," katanya selepas majlis angkat sumpah Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah Datuk Jamilah Halimah Sulaiman sebagai Senator buat kali kedua pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.

Jamilah, 59, Setiausaha Negeri Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Sabah adalah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Sindumin, Sabah.

Dewan Negara

Artikel Berikut

Ali Tinju Ditahan Reman Dua Hari

Artikel Lain