suria

Nahas Chiang Mai: Pemandu Bas Ditahan

BANGKOK: Polis Thailand mengesahkan pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Chiang Mai-Chiang Rai, hingga meragut 13 nyawa rakyat Malaysia telah ditahan.

Suspek, Somporn Bualuang, berusia 58 tahun melarikan diri sejurus nahas dekat daerah Doi Saket pada pagi Ahad lalu.

Samporn akan dikenakan tindakan kerana cuai dan menyebabkan kecederaan serta kematian.

Polis juga menerima laporan langgar lari dari seorang pemandu pikap.

Keterangan saksi juga sudah dirakam polis.

Terdahulu, pihak berkuasa negara jiran itu mengesahkan kemalangan maut itu berpunca daripada pemandu bas yang cuba melarikan diri setelah melanggar sebuah trak pikap.

Pemandu bas itu dilaporkan melanggar sebuah trak pikap di Mae Khajan di wilayah Chiang Rai, bagaimanapun gagal untuk berhenti.

Difahamkan, pemandu pikap berkenaan kemudian mengejar bas terbabit menyebabkan pemandu bas memecut laju dan hilang kawalan.

Bas itu kemudian telah merempuh sebuah kereta serta melanggar tiang lampu sebelum terjunam ke dalam gaung dan terbalik.

Pemandu bas terbabit adalah antara 12 mangsa yang tercedera, dua daripada mereka dalam keadaan kritikal.


Samporn Bualuang, Doi Saket, pikap

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain