suria

Diskaun Tol 20 Peratus Di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Sempena Krismas

GEORGE TOWN: Kenderaan pelbagai kelas yang menyeberang masuk ke Pulau Pinang dari tanah besar melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) akan menikmati diskaun tol 20 peratus sempena Krismas.

Diskaun ke atas kadar tol itu akan berkuat kuasa mulai tengah malam sehingga 11.59 malam pada 25 Disember.

Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Datuk Dr Ismail Mohamad Taib berkata pemberian diskaun itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan yang berterusan.

"Ia juga sebagai cara kami melahirkan rasa terima kasih kepada pengguna kami terutama mereka yang menggunakan jambatan tersebut sejak ia dibuka pada Mac tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Secara purata, sebanyak 12,500 kenderaan menggunakan jambatan itu setiap hari, dan jumlah tersebut meningkat semasa musim perayaan, cuti persekolahan dan cuti hujung minggu yang panjang.

Artikel Lain