GERIK: Lima lelaki dilaporkan hilang sejak Isnin lalu selepas keluar memburu di hutan di Kampung Bongor dekat sini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat pada Khamis berkata mereka telah menerima panggilan daripada polis daerah berhubung kehilangan beberapa lelaki yang berusia antara 19 dan 42 tahun pada Rabu, kira-kira pukul 11.30 malam. "Mereka masuk ke hutan pada hari Isnin dan sejak itu tidak pulang ke rumah. "Satu operasi mencari dan menyelamat kini sedang dijalankan untuk mencari lima lelaki itu," katanya. Lima lelaki yang hilang telah dikenal pasti sebagai Rosli Sufian, 42, Zakaria Mokhtar, 26, Kushairi Rafaei, 20 dan dua yang lain hanya dikenali sebagai Mohd Mahazir, 19 dan Zulkifli, 36. Jurucakap itu berkata kira-kira 33 orang terlibat dalam operasi itu termasuk sembilan anggota bomba, dua anggota polis dan 22 anggota Rela. Hutan itu dianggarkan berkeluasan kira-kira 500 kilometer persegi.