suria

Cubaan Rompak Digagalkan Polis, Lelaki Rela Tembak Diri Sendiri

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki rela menembak dirinya sendiri dengan 'pump gun' di hadapan sebuah restoran 24 jam di Bukit Kempas di sini daripada menyerah diri kepada polis. 


Dalam kejadian pukul 5 pagi Jumaat, lelaki itu ditemui sedang memegang senapang oleh unit peronda polis berhampiran kedai makan di Jalan Desa Kempas 1.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara , Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata anggotanya meminta suspek menyerahkan senjata itu tetapi dia enggan berbuat demikian.

"Polis menghubungi lebih ramai anggota dan lima lagi unit tiba di tempat kejadian dan mengepung suspek.

"Apabila polis memberitahu suspek supaya menyerah diri, dia melepaskan satu tembakan di udara sebelum mengacukan senapang ke mulutnya dan melepas sekali lagi tembakan," kata Mohd Taib.

Beliau berkata, suspek, rakyat tempatan berusia 40-an meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kami percaya lelaki itu berada di lokasi untuk cubaan rompakan tetapi ini telah digagalkan dengan kehadiran polis," dikatakan.

Artikel Lain