suria

Ibu Dua Anak Terselamat Dalam Kebakaran Rumah Teres

SEREMBAN: Seorang ibu muda bersama dua anaknya sempat menyelamatkan diri selepas terhidu bau asap apabila rumah teres dua tingkat mereka terbakar di Taman Jujur, Sikamat dekat pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris, berkata kebakaran pada kira-kira pukul 11 pagi itu dipercayai bermula di tingkat atas, memusnahkan sepenuhnya kediaman terbabit, dan kemudian merebak ke dua rumah lain yangterletak di belakang rumah berkenaan.

"Penghuni wanita berusia 20 tahun bersama dua kanak-kanak berusia empat dan enam tahun sempat menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah sebaik terhidu bau asap.

"Kebakaran itu turut merebak ke kawasan lain, namun, kami sempat mengawal keadaan dan dua rumah yang berada di bahagian belakang terbakar sebanyak 20 peratus," katanya.

Mohamad berkata punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pukul 11.04 pagi dan dua jentera dengan 15 anggota tiba ke lokasi kejadian enam minit kemudian.

"Pihak kami mengambil masa kira-kira 26 minit untuk memadamkan api sepenuhnya," katanya.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain