suria

Aliran Trafik Lebuhraya Utara-Selatan Masih Perlahan Malam Ini

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke ibu kota dilaporkan masih perlahan setakat 8 malam Ahad.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd berkata, aliran trafik di utara bergerak perlahan di Permatang Pauh menuju ke Prai; Bukit Merah ke Bandar Baharu; Cangkat Jering ke Bukit Gantang; Sungai Perak ke Jelapang; Gopeng ke Bidor dan Sungai Buaya ke Rawang.

"Keadaan yang sama turut berlaku di selatan di mana kenderaan bergerak perlahan di Sedenak ke Senai Utara; Bukit Gambir ke Pagoh; Pedas Linggi ke Seremban," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, malam Ahad.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan tiada kesesakan berlaku di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan Lebuhraya Pantai Timur 2.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Lain